Webinar E- Sukan – Teamwork Dan Peranan Dalam Pasukan
19 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 April 2026, telah berlangsung webinar E-sukan iaitu teamwork dan peranan dalam pasukan E-sukan. Webinar ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Tujuan webinar dijalankan adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada para peserta berkenaan komunikasi dalam pasukan E-sukan. Dengan adanya webinar E-Sukan ini, golongan remaja dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial yang negatif. Selain itu, dapat membuka peluang dan bidang kerjaya yang baru. Webinar ini juga diharap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: